//NAME

Disclaimer
You've visited to my blog!
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


The Big Boss


Assalamualaikum! Me Annaida. 25 years young! Stay at Batang Kali, Selangor!

FOLLOW Dashboard




Say Hello here !

-cbox-
Flying back







untung nya jadi lelaki, tapi rugi kah jadi perempuan?

ﺒﺴﻤ ﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤﻥ ﺍﻠﺮﺤﻴﻤ

mulakn lah sesuatu perbuatan dgn bacaan bismillah... sesungguhnya perbuatan yg x dimulai dgn bacaan bismillah, akn terputus dari tali kasih Allah.. malah dgn setiap bacaan bismillah, maka apa shj perkare baik yg dilakukan slps itu turut diberikan ganjaran pahala.. in sya Allah
hari ni adik dikejutkan dengan berita yg kedutaan Arab Saudi  tak benarkan dah jemaah untuk buat tumpang mahram.. hurm.. remuk hati adik.. adik faham mereka nak ikut hukum syarak.. tapi sebelum mereka buat keputusan, ada tak mereka fikirkan golongan macam adik ni???

ya.. adik antara kaum hawa yang tak bernasib baik.. ayah dan atuk dah lama meninggal.. dan sudah ditakdirkan Allah, adik ni memang tak ada adik beradik lelaki.. bapa saudara sebelah ayah pula dua2 dah uzur.. mana lah uncle2 adik larat nak ikut adik?? ya, lebih lebih rugi lagi, bila walaupun adik dah berusia 25 tahun tapi adik masih tak ada suami, ini kan pula nak ada anak lelaki.. ya,, betol.. memang adik lah antara kaum hawa yang rugi tu..

macam mana lagi adik nak buat?? demi Allah adik nak ke sana dengan niat baik.. adik tak nampak jalan.. adik kecewa hati adik remuk.. jadi golongan yang tak bernasib baik macam kami ni xterbela la??? tak boleh nak ke rumah Allah la?? solution nya mungkin adik kena kahwin?? dalam tempoh 1 bulan (tempoh penyerahan semua dokumen) mana ada nak cari orang nak kahwin dengan adik?? dan kalau adik berjaya cari pun, nak ke suami adik tu nanti ikut adik ke umrah? mampu dan bersediakah dia?? dan adik tidak lah terlalu kejam sampai nak kahwin semata-mata untuk lepaskan diri adik ke umrah!! adik tak akan aniaya hati dan perasaan orang lain walaupun keadaan sangat mendesak sekarang ni..lagipun, nak cari pengantin lelaki memang senang... tapi nak cari suami untuk dijadikan imam, senang kah??

bila jadi macam ni adik terfikir, untung nya jadi lelaki.. tak ada permasalahan macam.. nak ke rumah Allah dengan senang hati jer.. semoga para ADAM yang baca post ni, jaga lah diri dengan baik.. bersyukur dan berbangga lah kerana anda lahir sebagai spesis yang di angkat tinggi martabat nya! jangan lah diri mu wahai ADAM. jangan kau persiakan nikmat Allah ini.. dan wahai HAWA, hargailah ADAM.. sesungguhnya telah Allah tetap kan setiap HAWA ada ADAM sebagai pelindungnya.. selama ni, fikirkan balik, cukup tidak kita menghormati para ayah, para datuk, bapa2 saudara, abang2, adik2 lelaki dan anak2 lelaki kita?? adakah kita mengangkat martabat mereka selayak nya?? wahai ADAM, berfikirlah sejenak.. adakah setakat ini kamu melindungi para ibu, para nenda, ibu2 saudara, kakak2, adik2 perempuan dan anak2 perempuan mu?? adakah nasib kaum HAWA terbela di bawah pemerintahan mu??

hurm.. back to our topic.. mata adik dah sembab, kepala dah sakit, mulut terkunci, selera dah mati.. tapi dalam hati adik terus berdoa semoga ada jalan nya.. demi Allah adik nak sangat ke rumah Allah.. boleh kata satu kali setiap bulan adik bermimpi adik ke sana bersama keluarga.. hati ni dah terlalu rindu nak ke sana.. terdengar2 alunan azan, bacaan ayat suci kat sana.. terbau2 bau majid nabawi di Madinah..

ada yang nasihat, mungkin ada hikmah kenapa adik tak dapat ke sana, tapi adik tak rasa adik dah usaha sehabisnya.. mungkin ini ujian Allah untuk tengok sejauh mana usaha adik untuk ke sana? siapa boleh menduga. mungkin korang boleh cakap, aturan Allah adalah sempurna, tapi adik yakin, masih ada ruang untuk berusaha.. adik yakin Allah sedang menguji adik.. kerana adik lah yang terlalu rindu kan rumah Nya, maka Allah duga adik sebegini.. tak apa andai akhirnya adik tetap x dapat pergi, janji usaha adik ada.. adik tahu, Allah menghitung setiap langkah dan perkara kecil yang adik buat untuk ke sana.. adik yakin Allah x akan menghampa kan adik.. bukankah kita di ajar untuk berbaik sangka dengan Allah.. :)

Ya Allah, panggil aku ke rumah Mu.. aku rindu......

buat yang membaca post adik ni, adik mohon dengan rendah diri, yang pertamanya, andai korang ada jalan, ada cara atau mengenali mana2 individu yang boleh membantu tolong bagitahu adik ya.. tolong lah share post adik ni.. supaya lebih ramai yang baca, semoga lebih ramai yang sudi membantu..
kedua nya..tolong doa kan adik dapat juga mengerjakan umrah dengan family kali ini ya.. tolong sangat2.. tolong doakan dari dalam hati dengan penuh keikhlasan.. doa anda semua sangat berharga untuk adik.. :)

andai ada di antara anda yang membaca boleh membantu, tolong hubungi adik ya.. farhanaida@ymail.com

terima kasih...
yang masih tak berhenti menangis
Aida.....